awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pesawat KLM berlanggar di Lapangan Terbang Schiphol

Astro AWANI
Astro AWANI
22/02/2026
03:28 MYT
Dua pesawat KLM berlanggar di Lapangan Terbang Schiphol
Dua pesawat KLM terlibat dalam perlanggaran di Lapangan Terbang Schiphol. - Foto X/Hollanda Haberleri
Dua pesawat milik syarikat penerbangan Belanda, KLM, berlanggar di atas landasan di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol pada Sabtu pagi, namun tiada penumpang atau kru cedera dalam insiden tersebut.
Menurut penyiar awam Belanda NOS, salah satu pesawat baru sahaja tiba dari Birmingham, manakala sebuah lagi sedang bersiap untuk berlepas ke Athens.
Sebuah pesawat ketika itu berada dalam keadaan parkir, sementara pesawat kedua sedang bergerak ketika insiden berlaku.
Penumpang dan kru kedua-dua pesawat dibawa semula ke pintu pelepasan sejurus selepas kejadian.
KLM memaklumkan bahawa semua penumpang telah dijadualkan semula ke penerbangan lain.
Kedua-dua pesawat kemudiannya dipindahkan ke hangar untuk pemeriksaan lanjut.
KLM menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang “sangat luar biasa”, dan pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar perlanggaran berkenaan.
Topic Berkaitan
#pesawat
#KLM
#berlanggar
#Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan