awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua petisyen untuk Zahid Hamidi

Hasbullah Awang Chik
Hasbullah Awang Chik
12/06/2013
12:15 MYT
Dua petisyen untuk Zahid Hamidi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan satu petisyen pilihan raya ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu beliau berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Calon PKR Bagan Datoh Madhi Hasan memberitahu beliau telah memfailkan satu petisyen ke atas Ahmad Zahid.
"Semalam saya telah memfailkan satu petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 3.40 petang.
"Petisyen pilihan raya itu menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai responden dan peguam saya ialah Edmond Bon.
"Petisyen ini berkenaan satu perbuatan rasuah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya," jelas Madhi dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Madhi memberitahu seorang pengundi dari Bagan Datoh turut memfailkan petisyen kepada responden yang sama.
"Semalam pada masa sama, Azmi Sulaiman turut memfailkan petisyen berasingan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid berhubung kesalahan dalam PRU13 yang lalu," jelas Madhi.
Petisyen yang dikemukakan oleh Azmi menyatakan bahawa responden telah membayar wang tunai RM100 dan lima kampit beras seberat satu kilogram bagi setiap kampit kepada seribu hadirin yang hadir di Majlis Mesra Rakyat pada 19 April lalu.
Madhi yang juga merupakan Naib Pengerusi PKR Perak menjelaskan bahawa beliau sendiri akan menghantar petisyen berkenaan kepada Zahid Hamidi.
"Saya sebagai pempetisyen ingin menyerahkan petisyen ini kepada beliau dan satu SMS akan dihantar bagi menetapkan tarikh penghantaran petisyen," tambah Madhi.
Semalam Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata BN telah mengambil keputusan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya.
"Setelah kita mempertimbangkan nasihat yang diberikan oleh pasukan petugas undang-undang, kita telah memutuskan untuk memfailkan hanya 21 petisyen sahaja setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk bagi tujuan menjimatkan masa mahkamah dan mengelakkan perbelanjaan yang tidak munasabah,” kata Tengku Adnan.
Pastikan anda tidak terlepas berita terkini. Muat turun aplikasi percuma AstroAWANI di App Store dan Google Play.
Topic Berkaitan
#Bagan Datoh
#Madhi Hasan
#Mahkamah Tinggi Ipoh
#PKR
#PRU13
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan