awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan maut kenderaan bertembung

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/10/2020
07:38 MYT
Dua rakan maut kenderaan bertembung
Keadaan dua buah kereta yang bertembung antara satu sama lain sehingga menyebabkan dua rakan maut dalam kemalangan di Jalan Kemuning, Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka pada Isnin. - Gambar PDRM
ALOR GAJAH:Dua rakan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Kemuning, Pulau Sebang, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Fikry Effendi Ahmad Razali, 27, dan rakannya, Nurul Shamira Mohd Rajuna, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Daihatsu Charade dalam perjalanan dari arah Hutan Percha ke Simpang Ampat sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang kontraktor.
Setibanya di tempat kejadian, pemandu Daihatsu Charade dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan.
Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Waja mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri.
Katanya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan manakala mereka yang maut dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#dua rakan maut
#kereta bertembung
#daihatsu Charade
#Proton Waja
#Hutan Percha
#simpang ampat
#Alor Gajah
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan