awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua reban ayam terbakar, 67,000 anak ayam hangus

Bernama
Bernama
24/12/2016
09:33 MYT
Dua reban ayam terbakar, 67,000 anak ayam hangus
Kira-kira 67,000 ekor anak ayam hangus apabila dua unit reban ayam di Jalan Trosor, Kampung Sungai Bendang, dekat sini musnah dijilat api. - Gambar hiasan
Kira-kira 67,000 ekor anak ayam hangus apabila dua unit reban ayam di Jalan Trosor, Kampung Sungai Bendang, dekat sini musnah dijilat api malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Saiful Rizan Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 8.48 malam dan mengerahkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian.
Katanya ketika sampai di lokasi, bomba mendapati dua reban ayam milik orang perseorangan itu, masing-masing seluas 50 x 400 meter telah 96 peratus terbakar.
Dengan bantuan 17 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira 9.30 malam, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Saiful Rizan berkata operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya pada kira-kira 2.27 pagi tadi dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak ayam
#bomba
#Jalan Trosor
#Kampung Sungai Bendang
#Sungai Siput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan