awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua tokan dadah ditahan dalam serbuan di Kubang Pasu

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2021
20:20 MYT
Dua tokan dadah ditahan dalam serbuan di Kubang Pasu
Dua lelaki dipercayai tokan dadah sanggup bergelut dalam cubaan melarikan diri bersama dadah ketika rumah mereka diserbu, pada Sabtu malam. - Gambar hiasan
KUBANG PASU: Dua lelaki dipercayai tokan dadah sanggup bergelut dalam cubaan melarikan diri bersama dadah ketika rumah mereka diserbu di Mukim Padang, Tunjang, Sabtu malam.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kira-kira jam 8.40 malam.
Ketua JSJN Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin berkata, menerusi serbuan itu suspek berusia 26 dan 37 tahun itu ditahan di belakang rumah berkenaan.
"Ketika serbuan dilakukan, suspek pertama sempat mengambil satu bungkusan lutsinar di atas meja dan cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian apabila dia ditahan selepas berlaku pergelutan.
"Hasil pemeriksaan menemui sejumlah dadah jenis heroin seberat 503 gram dengan nilai RM6,000," katanya dalam satu kenyaaan.
Mohd Taufik berkata, hasil pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati, kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.
Selain itu polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda RS150R dipercayai diguna suspek untuk pengedaran dadah.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 21 Ogos.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#tokan dadah
#serbuan
#Mukim Padang
#tunjang
#Kubang Pasu
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan