awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita dipercayai pengedar dadah dikejar polis, seorang maut kemalangan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/02/2026
21:10 MYT
Dua wanita dipercayai pengedar dadah dikejar polis, seorang maut kemalangan
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, malam tadi.- Foto PDRM
ALOR SETAR: Seorang wanita dipercayai pengedar dadah maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di hadapan Pejabat Tanah, Jalan Suka Menanti, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku jam 8.20 malam ketika anggotanya sedang melakukan operasi Op Gempur, di kawasan terbabit.
Beliau berkata, sebaik ternampak kenderaan yang dinaiki kedua-dua wanita itu dalam keadaan mencurigakan, pihaknya mengejar kenderaan terbabit sebelum ia terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Susulan daripada itu, seorang daripada suspek meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.
"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan, polis menemui dadah jenis heroin seberat 210 gram yang diletakkan di dalam plastik lutsinar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Syed Basri berkata, suspek iaitu pemandu kereta terbabit berusia 37 tahun, cedera parah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes narkotik.
Beliau berkata, rakannya pula mempunyai tiga rekod lampau kes narkotik dan satu kes jenayah.
"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat sementara rakannya yang parah dihantar ke Bahagian Kecemasan hospital sama.
“Siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Bahiyah
#Dadah
#Alor Setar
#Syed Basri Syed Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami