awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga asing ditahan curi dada ayam 18 kg

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2022
21:45 MYT
Dua warga asing ditahan curi dada ayam 18 kg
Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
AMPANG: Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencuri satu beg plastik yang mengandungi bahagian dada ayam seberat 18 kilogram dianggarkan bernilai RM350 di sebuah kedai serbaneka di Jalan Pandan Cahaya di sini pada 17 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua lelaki berusia 26 dan 42 tahun itu ditahan pada jam 10.15 malam di Taman Cahaya pada Khamis.
"Kita turut merampas beberapa barang kes dan sebuah kereta curi yang masih dilaporkan hilang pada Jun lalu di Ampang.
"Kenderaan itu dipercayai digunakan semasa kejadian, ayam yang dicuri itu telah dijual semula kepada suspek kedua," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohamad Farouk berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada suspek postif dadah jenis methamphetamine.
"Semakan rekod jenayah juga mendapati suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah. Kita juga berjaya menyelesaikan tiga kes curi ayam proses di sekitar Ampang.
"Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 dan 379A Kanun Keseksaan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#curi
#dada ayam
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan