awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dugaan 'frontliner', van jenazah Abam Botak terlibat kemalangan

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
12/06/2021
21:07 MYT
Dugaan 'frontliner', van jenazah Abam Botak terlibat kemalangan
Dalam kemalangan pada petang Sabtu, Van Jenazah Abam Botak telah merempuh bahagian belakang sebuah lagi van yang berada di bahu kiri jalan. - Astro AWANI
SANDAKAN: Tiga sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Van Jenazah Abam Botak terlibat satu kecelakaan jalan raya di Jalan Liela, di sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ketiga-tiga kru NGO berkenaan dilaporkan selamat.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Hamin berkata, sebelum kemalangan semua mereka baru sahaja selesai menghantar dan menguruskan jenazah di tanah perkuburan Islam Kampung Bokara, Batu Sapi.
Menurutnya, dalam perjalanan pulang ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, sebaik tiba di Jalan Leila, van disyaki hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke kiri jalan.
"Van jenazah berkenaan kemudiannya merempuh bahagian belakang sebuah lagi van lain yang diletakkan di bahu kiri jalan.
"Susulan kemalangan, tiga kru Van Jenazah Abam Botak termasuk pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan seterusnya dikejarkan ke hospital untul rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, siasatan kes diteruskan mengikut Rule 10LN 166/59," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Pasukan Van Jenazah Abam Botak yang berpusat di Sandakan merupakan NGO yang memberi bantuan penghantaran jenazah secara percuma bukan sahaja di sini, malah hingga ke pedalaman Sabah.
Mereka juga adalah sukarelawan barisan hadapan yang terlibat dalam pengebumian semua jenazah yang meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19 di Sandakan sejak tahun lalu.
Kemalangan pasukan berkenaan mengejutkan ramai pihak dan ramai netizen meluahkan kegusaran seterusnya mendoakan pasukan Abam Botak segera sembuh.
Kejadian turut tular di media sosial sejak petang Sabtu.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Sandakan
#COVID-19
#van jenazah
#media sosial
#NGO
#frontliner
#petugas barisan hadapan
#Van Jenazah Abam Botak
#Azhar Hamin
#tanah perkuburan
#terbabas
#cedera ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan