awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tidak meminta pelanjutan gencatan senjata Iran, rundingan disifatkan 'produktif'
Ketua Tentera Pakistan lawat Tehran dalam usaha hidupkan semula rundingan AS–Iran
Pasukan pengaman PBB di Lubnan kata tentera Israel hentikan kovoinya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Iran seluruh dunia ikrar pertahan kedaulatan Republik Islam melalui diplomasi

Astro AWANI
Astro AWANI
07/03/2026
08:20 MYT
Duta Iran seluruh dunia ikrar pertahan kedaulatan Republik Islam melalui diplomasi
Orang ramai menghadiri upacara pengebumian bagi mangsa serangan Israel dan Amerika Syarikat di Yazd, Iran pada 6 Mac 2026. - Foto Reuters
Para duta dan ketua misi diplomatik Republik Islam Iran di seluruh dunia menegaskan komitmen untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara itu susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Jumaat, wakil diplomatik Iran berkata mereka akan menggunakan saluran diplomasi untuk menentang apa yang disifatkan sebagai pencerobohan ketenteraan terhadap negara tersebut.
“Kami akan menjadi suara kuat rakyat kami yang tertindas tetapi berkuasa di arena diplomasi antarabangsa, dan tidak akan sesaat pun lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kami yang sah di sisi undang-undang, nasional, agama, dan moral,” katanya.
Mereka turut mengecam beberapa pegawai atasan Amerika Syarikat yang disifatkan mengeluarkan kenyataan kasar terhadap para diplomat Iran dan kakitangannya.
“Ia jelas menunjukkan kegagalan mereka (AS) memahami realiti asas Iran serta menunjukkan betapa kuat permusuhan mereka terhadap nilai-nilai nasional rakyat Iran,” katanya.
Tambahnya, sikap tersebut adalah jelas merupakan pelanggaran terhadap prinsip asas undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.
Terdahulu media melaporkan, Presiden AS, Donald Trump berkata pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan pihak Iran yang disifatkannya sebagai 'orang gila'.
Konflik semakin memuncak apabila pada 28 Februari, AS dan sekutunya Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran.
Serangan itu dilaporkan mengakibatkan kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, serta beberapa pemimpin utama negara tersebut.
Serangan tersebut turut menyasarkan Sekolah Rendah Perempuan Shajareh Tayyebeh di Minab, yang mengakibatkan sekitar 175 pelajar terkorban, menurut laporan media kerajaan Iran.
Susulan itu, Iran membalas dengan melancarkan serangan terhadap Israel serta beberapa lokasi di negara-negara berhampiran Teluk Parsi yang menempatkan fasiliti dan kem tentera AS.
Sehingga kini, kedua-dua pihak masih memperhebatkan serangan dan tiada tanda-tanda rundingan gencatan senjata.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Israel
#diplomasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan