awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon hubungi pengeluar automotif, perindustrian untuk tingkatkan pengeluaran senjata – WSJ
Tentera AS dakwa berjaya mematahkan cubaan kapal Iran ke-10 menembusi sekatan
AS beri amaran pembeli minyak Iran berdepan sekatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan pengaman PBB di Lubnan kata tentera Israel hentikan kovoinya

Bernama
Bernama
15/04/2026
16:36 MYT
Pasukan pengaman PBB di Lubnan kata tentera Israel hentikan kovoinya
Kenderaan yang ditandakan dengan lambang PBB kemudian dibenarkan meneruskan perjalanan, namun kontraktor tempatan dihantar pulang ke Beirut. - Foto fail/REUTERS

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) memaklumkan bahawa konvoinya yang membawa anggota pengaman tentera dan awam serta kontraktor dari Beirut ke ibu pejabatnya di Naqoura telah dihentikan oleh tentera Israel pada petang Selasa, hanya beberapa kilometer dari destinasi, lapor Anadolu Ajansi.

Kenderaan yang ditandakan dengan lambang PBB kemudian dibenarkan meneruskan perjalanan, namun kontraktor tempatan dihantar pulang ke Beirut di bawah pengaturan keselamatan, walaupun penyelarasan awal telah dibuat termasuk kehadiran mereka, menurut UNIFIL pada Rabu.

“Ini bukan insiden terpencil. Sekatan serupa, sama ada melalui sekatan fizikal di jalan raya atau pembatalan kebenaran yang telah diberikan sebelum ini, telah menjejaskan kedua-dua anggota pengaman serta kakitangan penting yang menyokong mereka.

“Tindakan ini menimbulkan kebimbangan terhadap penghantaran bekalan kritikal tepat pada masanya, termasuk makanan, bahan api dan air, ke kedudukan UNIFIL, khususnya di sepanjang Garisan Biru,” tambahnya.

Walaupun cabaran seperti itu setakat ini masih dapat ditangani, sekatan pergerakan berterusan berisiko menjejaskan operasi, termasuk keupayaan anggota pengaman melaporkan pelanggaran Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, menurut pasukan pengaman itu.

UNIFIL mengulangi gesaannya supaya tentera Israel menghormati pengaturan yang telah dipersetujui, memastikan keselamatan anggota pengaman serta menjamin kebebasan pergerakan semua rondaan dan konvoi logistiknya.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#UNIFIL
#PBB
#Israel
#lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan