awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Jepun ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang unik

Bernama
Bernama
31/08/2023
04:59 MYT
Duta Jepun ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia dengan cara yang unik
Takahashi memuat naik video di media sosial rasmi kedutaan menunjukkan beliau sedang menikmati makanan istimewa 'Mamak' yang disifatkannya bahagian penting dalam budaya Malaysia. - Facebook Kedutaan Jepun di Malaysia
KUALA LUMPUR: Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi mengutus ucapan selamat maju jaya kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini menerusi cara yang istimewa.
Duta itu memuat naik video berdurasi dua minit di halaman media sosial rasmi kedutaan (Facebook dan X), menunjukkan beliau sedang menikmati makanan istimewa 'Mamak' yang disifatkannya sebagai bahagian penting dalam budaya Malaysia.
"Saya mengucapkan 'Selamat Hari Merdeka' (Selamat Hari Kebangsaan) kepada semua rakan Malaysia. Kami berharap agar Malaysia sentiasa dikurniakan keamanan dan kemakmuran.
"Sempena menyambut kemerdekaan, saya datang ke Kedai Mamak bersama rakan-rakan kedutaan. Makanan mamak adalah sebahagian besar budaya Malaysia, jadi saya sangat gembira untuk mencubanya," kata duta itu.
Takahashi dilihat menikmati makanan dan minuman seperti nasi kandar, maggi goreng, teh tarik, milo dinosaur', roti tisu dan roti canai.
Sambutan utama Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung di Dataran Putrajaya, pada Khamis.
Tema ''Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#kedai mamak
#Duta Jepun
#Katsuhiko Takahashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan