awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

EAIC dedah siasatan JPN berhubung kes kad pengenalan lewat lebih 10 tahun

Bernama
Bernama
20/05/2025
03:10 MYT
EAIC dedah siasatan JPN berhubung kes kad pengenalan lewat lebih 10 tahun
EAIC berkata kehilangan sijil lahir asal yang diimpaun JPN memberi kesan terhadap tempoh masa untuk siasatan berkenaan diselesaikan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan satu siasatan permohonan kad pengenalan dikendalikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengalami kelewatan serius sehingga mengambil masa lebih 10 tahun untuk diselesaikan.
EAIC dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan siasatan dijalankan terhadap aduan kes mengikut Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009, mendapati terdapat kelemahan oleh pegawai penyiasat.
"Siasatan mendapati wujud isu kelewatan dan ketidakaturan dalam pengendalian kertas siasatan oleh pegawai penyiasat JPN semasa menjalankan siasatan melibatkan kes itu sehingga menyebabkan kelewatan tindakan diambil," menurut kenyataan tersebut.
EAIC berkata kehilangan sijil lahir asal yang diimpaun JPN memberi kesan terhadap tempoh masa untuk siasatan berkenaan diselesaikan.
Sehubungan itu EAIC merumuskan terdapat keperluan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) JPN, khususnya dalam menetapkan tempoh masa wajar diambil tindakan lanjut berhubung kes yang mustahil untuk disiasat atau diselesaikan.
EAIC juga mendapati pelaksanaan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) bagi pihak gagal hadir memberikan keterangan semasa proses siasatan perlu dikaji semula secara terperinci.
"Cadangan penambahbaikan SOP dan pelaksanaan Peraturan 25 hendaklah dilaksanakan bagi memastikan JPN dapat bertindak lebih proaktif dan berkesan dalam menjalankan siasatan," menurut kenyataan itu.
EAIC berkata Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2025 pada 8 April, memutuskan untuk merujuk hasil siasatan berkenaan kepada Ketua Pengarah JPN bersama dengan cadangan syor hukuman terhadap pegawai terlibat.
"EAIC memutuskan agar syor hukuman di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap pegawai JPN terlibat dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPN untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EAIC
#JPN
#kad pengenalan
#kelewatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.