awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laluan baharu Bangkok-KL Nok Air perkukuh kesalinghubungan udara
Kerajaan tidak kompromi unsur jenayah dalam kes kematian prebet Muhammad Amirul Raziq
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EASA EU lanjutkan amaran penerbangan ke Asia Barat hingga 24 April

Bernama
Bernama
09/04/2026
13:35 MYT
EASA EU lanjutkan amaran penerbangan ke Asia Barat hingga 24 April
EASA memaklumkan, amaran penerbangan perlu bagi “memastikan keselamatan penerbangan di kawasan berkepentingan serta mengenal pasti kawasan berisiko tinggi." - Gambar hiasan

Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) pada Khamis memaklumkan bahawa ia telah melanjutkan amaran keselamatan penerbangan bagi penerbangan awam di Asia Barat sehingga 24 April berikutan situasi tidak stabil di rantau itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Tempoh sah CZIB (Buletin Maklumat Zon Konflik) dilanjutkan sehingga 24 April 2026,” menurut EASA dalam nasihat perjalanan terkini di laman webnya.

Keputusan itu perlu bagi “memastikan keselamatan penerbangan di kawasan berkepentingan serta mengenal pasti kawasan berisiko tinggi,” tambah pengawal selia itu.

“EASA akan terus memantau rapat keadaan semasa bagi menilai sama ada risiko kepada pengendali pesawat EU meningkat atau berkurang susulan perkembangan situasi ancaman dan risiko,” katanya.

Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang mengakibatkan kerosakan dan korban awam.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas wilayah Israel serta kemudahan tentera AS di Asia Barat.

Pada malam Selasa, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa beliau telah mencapai persetujuan dengan Iran mengenai gencatan senjata selama dua minggu.

Pada masa sama, pesawat pejuang dan artileri Israel telah menyerang lebih 12 penempatan di selatan Lubnan, termasuk bandar utama Tyre.

Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei berkata serangan Israel ke atas Lubnan merupakan pelanggaran terhadap gencatan senjata antara AS dan Iran.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Topic Berkaitan
#EASA
#lanjutan
#penerbangan
#amaran keselamatan
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan