awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ECRL bakal selesai masalah penduduk Pantai Timur - Wee Ka Siong

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
02/09/2022
09:57 MYT
ECRL bakal selesai masalah penduduk Pantai Timur - Wee Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong (duduk, tengah) berkata, perkhidmatan kereta api merupakan pengangkutan awam yang terbaik ditawarkan bagi menyelesaikan permasalahan penduduk di Pantai Timur. - Gambar Astro AWANI
KOTA BHARU: Masalah pengangkutan awam yang tidak mencukupi dapat diselesaikan sekiranya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada Disember 2026 mula beroperasi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkhidmatan kereta api merupakan pengangkutan awam yang terbaik ditawarkan bagi menyelesaikan permasalahan penduduk di Pantai Timur.
"Kelantan bakal memiliki pengangkutan awam berkelas dunia apabila ECRL yang membawa penumpang dapat sampai ke destinasi hanya mengambil masa selama empat jam sahaja.
"Dari Kota Bharu ke Lembah Klang tak perlu lagi bawa kereta 10 hingga 12 jam masa raya dan inilah antara faktor yang mendorong kita untuk membekalkan perkhidmatan terbaik," katanya dalam sidang media Majlis Perkhidmatan Bas Mutiara Rentas Desa, di Tunjong, di sini, hari ini.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km) itu merangkumi pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dapat dinikmati di empat negeri tersebut.
Untuk rekod, di Kelantan kerja-kerja infrastruktur projek ECRL turut membabitkan pembinaan 26 jambatan iaitu 13 buah merentasi jalan raya manakala bakinya merentasi sungai.
Kelantan juga bakal mempunyai dua stesen ECRL iaitu stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu serta stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh.
Perkhidmatan ECRL yang dijangka beroperasi pada Januari 2027 boleh menampung 5.6 juta penumpang setiap tahun sekali gus mampu memuatkan seramai 440 penumpang membabitkan enam gerabak.
Topic Berkaitan
#ECRL
#balik Kelantan
#Wee Ka Siong
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan