awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh

Sinar Harian
Sinar Harian
05/04/2024
04:50 MYT
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Tiga topi keledar dan sebatang kayu yang dirampas dipercayai digunakan dalam pergaduhan yang berlaku di Pantai Puteri pada Jumaat lalu.
MELAKA: Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, seramai 23 individu termasuk 19 pelajar sekolah ditahan dipercayai terlibat dalam pergaduhan dua kumpulan itu.
Menurutnya, kesemua individu berusia antara 20 hingga 15 tahun berkenaan ditahan polis dalam tangkapan berasingan bagi membantu siasatan kejadian pada Ahad lalu itu.
Katanya, seorang warga emas iaitu nenek kepada remaja yang cedera membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang dengan keselamatan cucunya.
"Pengadu mendapati cucunya dipukul di kawasan Pantai Puteri dan salah seorang suspek berusia 16 tahun turut dikenali mangsa.
"Mangsa dibawa ke Hospital Melaka selepas mengalami lebam diseluruh bahagian badan serta muka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Jelasnya, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan berumur bawah 18 tahun merupakan pelajar dari beberapa sekolah menengah yang berbeza sekitar kawasan Tanjung Kling.
Ujarnya, polis turut merampas tiga topi keledar dan sebatang kayu dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.
"Memandangkan kebanyakan adalah pelajar sekolah, jadi polis merakam percakapan dan kesemua mereka tidak direman.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar bergaduh
#Melaka
#pelajar sekolah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan