awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/05/2019
06:14 MYT
[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis
Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses kepada rumah yang disewa Siti Kharina (gambar). -Foto fail
Polis mengesahkan suspek utama warga Nigeria mempunyai akses kepada rumah yang disewa Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle, 30, menyewa sebuah unit kediaman Kondominium Third Avenue di Cyberjaya bersama Siti Kharina sejak Januari tahun ini.
“Rumah itu memang disewa atas nama mangsa (Siti Kharina), tetapi ia juga disewa bersama-sama suspek (Aliwajuwon) sejak bulan Januari tahun ini.
“Apabila kita lakukan siasatan, kita akan lakukan dengan menyeluruh.
"Kita juga akan melihat sama ada mereka ini (tiga suspek yang ditahan) terlibat dengan Macau Scam ataupun kemungkinan dadah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
BACA: Polis siasat hubungan Siti Kharina dengan suspek pembunuhan
BACA: Kematian Siti Kharina akibat luka hirisan di leher
Pada Khamis, polis menahan dua lagi suspek wanita warga Nigeria serta lelaki warga Pakistan.
Sementara itu, Fadzil juga menyatakan pihaknya telah menerima laporan bedah siasat daripada Hospital Serdang.
“Punca kematian mangsa adalah akibat daripada kelaran/hirisan di bahagian leher dengan benda tajam menurut doktor,” jelasnya.
Beliau turut menolak kemungkinan Siti Kharina dirogol kerana berdasarkan laporan bedah siasat perkara itu tidak dinyatakan.
Pada Ahad lepas, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini kali terakhir dilihat di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada 8 Mei lepas.
Bagaimanapun, pada Khamis polis mengesahkan Siti Kharina ditemui dibunuh di sebuah kondominium yang disewa mangsa di Cyberjaya.
Mayat Siti Kharina ditemui pemilik rumah sewa berkenaan pada Rabu selepas melihat kesan darah mengalir keluar dari bawah pintu bilik.
Topic Berkaitan
#Aliwajuwon Gilbertalowonle
#Fadzil Ahmat
#Ketua Jururawat Hospital Serdang
#Kondominium Third Avenue
#Siti Kharina Mohd Kamarudin
#warga Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan