awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
To Lam dipilih Presiden Vietnam penggal 2026-2031
Tukang masak mengaku bersalah rogol anak teman wanita
Nenek, cucu saudara maut nahas motosikal dalam perjalanan ke sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ella teruja, bakal tunai umrah bersama 12 staf pada bulan Syawal

Gempak
Gempak
21/03/2026
10:08 MYT
Ella teruja, bakal tunai umrah bersama 12 staf pada bulan Syawal
Ella memilih untuk mengerjakan umrah kerana mahu mengisi sambutan lebaran kali ini dengan ibadah yang lebih bermakna. - Gempak
AIDILFITRI tahun ini merupakan sambutan yang berbeza buat Ratu Rock negara, Ella apabila bakal menunaikan ibadah umrah pada Syawal ini.
Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, dia memilih untuk mengerjakan umrah kerana mahu mengisi sambutan lebaran kali ini dengan ibadah yang lebih bermakna.
“Tahun ini saya akan beraya secara sederhana di Muar, Johor dan kemudiannya kami akan mengerjakan umrah sebelum kami ke Doha, Qatar untuk buat showcase di sana.
“Ini adalah kali pertama kami mengerjakan umrah dalam Syawal dan pastinya saya teruja, apatah lagi kali ini saya turut membawa pasukan produksi konsert saya terdahulu, bersama.
“Tak pernah lagi kami pergi mengerjakan umrah bersama seluruh pasukan saya. Jadi insya-Allah perancangan kali ini dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.
Lebih manis, Ella bakal menunaikan umrah bersama kira-kira 12 orang staf dari dia pasukan produksinya.
“Alang-alang kami dapat peluang ada show di sana, jadi kami beli tiket penerbangan ke Jeddah juga tapi kami tak boleh lama sangat di Jeddah kerana rasanya ia akan ditutup untuk memberi fokus pada jemaah haji pula.
“Insya-Allah kami akan meluangkan masa lebih kurang dua hingga tiga hari di Mekah dan empat hari di Madinah. Kemudiannya kami akan terus ke Qatar, tapi di Qatar kami tak pakai band kami, kami menggunakan band di sana,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ella dijadualkan bakal mengadakan persembahan solo di Qatar pada 26 April namun ia bergantung dengan perkembangan konflik di Asia Barat. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Ella
#tunai umrah
#syawal
#showcase
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan