awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat buku Faisal Tehrani diharamkan - KDN

Bernama
Bernama
05/05/2015
07:09 MYT
Empat buku Faisal Tehrani diharamkan - KDN
KDN mengharamkan penerbitan empat buku tulisan penulis Faisal Tehrani kerana ia didapati mengandungi unsur-unsur penyebaran ajaran Syiah.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan empat buku tulisan penulis kontroversi Faisal Tehrani kerana ia didapati mengandungi unsur-unsur penyebaran ajaran Syiah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Buku berkenaan ialah 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' yang diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn Bhd, 'Karbala' yang diterbitkan oleh Abeerden Books World, 'Tiga Kali Seminggu' dan 'Ingin Jadi Nasrallah' yang kedua-keduanya diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Hasmimah Nik Jaafar berkata buku-buku itu dikenakan Perintah Larangan Penerbitan berkuat kuasa 1 April kerana mengandungi unsur-unsur yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan.
Pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurut subsyeksen 2 Seksyen 8 akta sama, mana-mana pihak yang didapati mencetak, mengimport, menjual dan memiliki buku-buku tersebut di dalam negara boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#faisal tehrani
#haram
#Ingin Jadi Nasrallah
#Karbala
#KDN
#Sebongkah Batu di Kuala Berang
#Tiga Kali Seminggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan