awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kejadian wabak jangkitan salur pernafasan dilapor semalam - KKM

Bernama
Bernama
22/07/2022
14:36 MYT
Empat kejadian wabak jangkitan salur pernafasan dilapor semalam - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tiga kejadian membabitkan pratadika dan satu institusi pengajian tinggi. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kejadian wabak jangkitan salur pernafasan dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif wabak setakat ini sebanyak 251, dengan kebanyakan kejadian melibatkan pelajar dan murid sekolah.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tiga kejadian membabitkan pratadika dan satu institusi pengajian tinggi.
Setakat semalam, Perak mencatat jumlah kejadian tertinggi dengan 48 kejadian, diikuti Selangor (33), Kuala Lumpur (30), Pahang (24), Kedah (23), Johor (16), Pulau Pinang (14), Melaka (13), Terengganu (11) dan Negeri Sembilan - sembilan kejadian.
Perlis pula mencatat lapan kejadian, Sarawak (dua) manakala Sabah dan Labuan, masing-masing tiada kejadian direkodkan.
Sekolah menjadi lokasi kejadian jangkitan tertinggi dengan jumlah kumulatif setakat ini adalah sebanyak 213 kejadian, diikuti pratadika (16), institusi/kolej (10), rumah (enam), pusat jagaan (empat), tempat kerja dan penjara/pusat serenti, masing-masing satu kejadian.
Menurut KKM, tiada kes kematian dilaporkan daripada kesemua 251 kejadian yang dicatatkan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wabak jangkitan salur pernafasan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#pelajar
#murid sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan