awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai

Bernama
Bernama
10/01/2025
05:20 MYT
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan individu menyerang empat lelaki menggunakan parang. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Empat cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika berada di dalam sebuah kedai makan di Nilai dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Beliau berkata mereka diserang semasa sedang minum di kedai berkenaan oleh sekumpulan lima lelaki warga tempatan, dan motif serangan masih dalam siasatan.
"Semua mangsa yang cedera kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Ja'afar untuk menerima rawatan dan mereka dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Malik berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7902222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#senjata
#serangan
#nilai
#parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan