awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki dikompaun langgar SOP PKP di Port Dickson

Bernama
Bernama
19/05/2021
02:02 MYT
Empat lelaki dikompaun langgar SOP PKP di Port Dickson
Polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal jangkitan pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Dua lelaki dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis di pantai Port Dickson di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kedua-dua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen berkaitan ketika rondaan polis dalam operasi pematuhan SOP PKP di pantai itu kira-kira 4 petang.
"Kompaun itu dikeluarkan kepada lelaki berumur 33 tahun di kawasan parkir Pantai Dataran Kemang kerana telah merentas dari Seremban ke Port Dickson manakala seorang lagi berusia 29 tahun dari Sungai Udang, Melaka dikompaun di Pantai Cahaya Negeri, di sini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Aidi Sham berkata dua lagi lelaki berumur 21 dan 25 tahun masing-masing turut dikompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika pemantauan polis di Pantai Seri Kemang dekat sini.
Jelas Aidi Sham, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal jangkitan pandemik COVID-19 selain menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP hingga 7 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKP
#SOP
#kompaun
#Port Dickson
#polis
#surat kebenaran
#Pantai Seri Kemang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan