awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Syed Saddiq berhubung peruntukan Parlimen Muar
Ibu mentua Ismail Sabri meninggal dunia
Konflik Asia Barat: Mesir umum kenaikan harga bahan api, pemotongan perbelanjaan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki direman dua hari dalam kes serangan terhadap Zamri Vinoth

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/03/2026
04:10 MYT
Empat lelaki direman dua hari dalam kes serangan terhadap Zamri Vinoth
Kesemua mereka hadir menyerah diri di balai polis awal pagi tadi sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. - Astro AWANI
Empat lelaki direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.
Polis sebelum itu memohon reman empat hari, namun mahkamah menetapkan tempoh dua hari bagi keempat‑empat suspek yang berusia lingkungan 20‑an hingga 30‑an itu.
Terdahulu, suspek, yang terdiri daripada dua jurutera, seorang juruteknik, dan seorang pemandu van, tiba di mahkamah pada jam 8.35 pagi, bergari dan berpakaian lokap ungu serta jingga dengan menaiki van polis.
Menurut pihak berkuasa, kesemua mereka hadir menyerah diri di balai polis awal pagi tadi sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
Peguam mereka, V. Parthipan, memaklumkan bahawa pasukannya turut menyerahkan rakaman video kejadian, yang kini tular di media sosial, kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada hujahan.
Parthipan, bersama dua lagi peguam, K. Puvirajan dan T. Turuvandran, berhujah bahawa Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) tidak terpakai dalam kes berkenaan.
Beliau turut memaklumkan bahawa satu laporan polis terhadap Zamri turut dibuat oleh pihaknya.
Dalam perkembangan terdahulu, dua beradik turut direman secara berasingan berhubung kes sama namun kedua-duanya telah dibebaskan.
Topic Berkaitan
#Zamri Vinoth
#kes serangan
#reman
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan