awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh di Seri Kembangan

Bernama
Bernama
06/04/2022
12:23 MYT
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh di Seri Kembangan
Mereka yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di tepi Jalan Songket, Taman Maznah, dekat Klang, awal pagi tadi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata mereka yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an ditahan di tepi Jalan Songket, Taman Maznah, dekat Klang, awal pagi tadi.
"Semakan mendapati kesemua suspek berasal dari Seri Kembangan dan mempunyai rekod jenayah dengan seorang daripada mereka turut mempunyai rekod melibatkan kes narkotik.
"Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan dan motif kejadian dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati yang menimbulkan dendam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Ahad, media melaporkan seorang lelaki berusia 30 tahun ditemukan mati dengan kesan tetakan di muka, leher dan tangan dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam pada kira-kira 5.56 pagi di hadapan sebuah kedai makan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.
Anbalagan berkata susulan penahanan suspek, polis turut merampas sebuah Proton Wira Aeroback warna kelabu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dipercayai digunakan semasa kejadian kes bunuh tersebut.
Beliau berkata kesemua mereka yang didapati negatif terhadap dadah kini direman hingga 12 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Seri Kembangan
#polis tahan suspek
#Taman Bukit Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan