awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan disyaki edar air ketum campur ubat batuk

Bernama
Bernama
04/01/2020
21:11 MYT
Empat lelaki ditahan disyaki edar air ketum campur ubat batuk
Empat lelaki termasuk tiga warga Thailand ditahan dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang, Pasir Mas malam tadi dipercayai terlibat dalam pengedaran air ketum yang dicampur ubat batuk. -Gambar hiasan
Empat lelaki termasuk tiga warga Thailand ditahan dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang, Pasir Mas malam tadi dipercayai terlibat dalam pengedaran air ketum yang dicampur ubat batuk.
Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata kesemua suspek berumur 22 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi di sekitar Pasir Mas bermula 6.30 petang hingga 11.30 malam tadi.
Katanya ubat batuk, daun serta air ketum yang sudah dipaket untuk dijual yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000 dirampas dalam operasi itu.
"Dalam serbuan pertama di Jalan Besar Rantau Panjang pada 6.45 petang semalam pihak kami berjaya menahan tiga lelaki Thailand dan berjaya merampas 82 botol ubat batuk (9.84 liter), 57 bungkus cecair kehitaman disyaki campuran air ketum dan ubat batuk (34.2 liter) dan satu jag berisi satu liter cecair kehitaman juga disyaki campuran ubat batuk dan air ketum.
"Serbuan kedua pula pasukan kami menahan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun selepas pemeriksaan di bawah rumahnya menemui sebanyak 216 botol mengandungi 23.76 liter cecair disyaki ubat batuk," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Azhari berkata turut dirampas bersama tiga lelaki warga Thailand yang ditahan itu adalah wang tunai berjumlah RM607 dipercayai wang hasil jualan air ketum berkenaan.
"Siasatan yang dijalankan mendapati kesemua daun ketum yang diproses diperolehi dari Kedah. Air rebusan daun ketum yang dicampur dengan ubat batuk dijual kepada pelanggan dengan harga RM20 sebungkus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air ketum
#ditahan
#Rantau Panjang
#Supt Azhari Nusi
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan