awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki nafi hina TYT Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/08/2021
06:13 MYT
Empat lelaki nafi hina TYT Melaka
Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi internet melalui laman profil Twitter milik mereka dengan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. - Foto Astro AWANI
MELAKA: Empat individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membuat komen jelik yang menghina Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di laman sosial milik mereka, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Hermy Rahim, 34; Muhammad Ali Aswad Asngadu, 28; Ahmad Zaki Yamani Zainon, 45; dan Mohd Hafizuddin Rahmad, 36; bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Berdasarkan empat pertuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi internet melalui laman profil Twitter milik mereka dengan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Perbuatan itu dilakukan keempat-empat tertuduh antara 28 hingga 29 Julai 2021 lalu.
Justeru kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua- duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu selepas pensabitan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan jumlah jaminan RM15,000 kepada setiap tertuduh.
Hakim Maziah Joary kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang selain menetapkan 22 September depan tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh Ahmad Zaki diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala tiga lagi diwakili P Purshotaman.
Topic Berkaitan
#hantaran jelik
#hina TYT
#Mohd Ali Mohd Rustam
#laman sosial
#Twitter
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan