awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki tular buat aksi "Superman" ditahan

Bernama
Bernama
27/12/2023
16:08 MYT
Empat lelaki tular buat aksi "Superman" ditahan
Tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah yang disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) ditahan hari ini. - Foto Sinar Harian/media sosial
KUANTAN: Tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah yang disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) ditahan hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan pemilik motosikal berkenaan dan melakukan tangkapan ke atas kesemua suspek lelaki berusia antara 15 dan 22 tahun itu di rumah masing-masing di sekitar Temerloh dan Maran.
"Kesemua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha YI5ZR turut mengalami beberapa kecederaan antaranya di bahagian tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.
Mazlan berkata pihaknya masih memburu seorang lagi suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 09-2716222.
Sebelum ini tular video berdurasi 28 saat mempamerkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya "Superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di LPT1.
Kejadian itu berlaku pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh salah seorang penunggang motosikal berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aksi superman
#pelajar sekolah
#ditahan
#motosikal
#Polis Daerah Temerloh
#LPT1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan