awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pekerja pembersihan TM tersesat di Banjaran Titiwangsa selamat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/09/2021
04:45 MYT
Empat pekerja pembersihan TM tersesat di Banjaran Titiwangsa selamat
Kesemua mangsa telah turun dengan sendiri tanpa bantuan pihak bomba pada jam 9 pagi di tepi jalan besar. - Foto JBPM Perak
GERIK: Empat pekerja pembersihan kawasan menara Telekom Malaysia Berhad (TM) di Banjaran Titiwangsa dekat sini, yang tersesat malam tadi, berjaya turun dengan selamat pagi ini.
Kesemua mereka berjaya turun sendiri ke tepi jalan besar, kira-kira jam 9 pagi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat pada jam 10.53 malam tadi mengenai empat pekerja itu.
Mereka dikatakan tersesat ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.
Katanya, mangsa berjaya dihubungi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dengan bantuan anggota dari BBP Pengkalan Hulu memulakan operasi untuk menyelamatkan mereka.
“Kesemua mangsa telah turun dengan sendiri tanpa bantuan pihak bomba pada jam 9 pagi di tepi jalan besar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kesemua mereka juga berada dalam keadaan selamat.
Topic Berkaitan
#pekerja pembersihan
#Menara TM
#sesat
#Banjaran Titiwangsa
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan