awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Waspada peralihan monsun aktif
Pagar Laut: Maritim Malaysia tahan 617 individu, catat rampasan RM4.6 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IRGC beri amaran keras terhadap kapal tentera cuba melintasi Selat Hormuz

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
21:32 MYT
IRGC beri amaran keras terhadap kapal tentera cuba melintasi Selat Hormuz
IRGC berkata hanya kapal awam dibenarkan melalui selat tersebut tertakluk kepada syarat tertentu.
Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana kapal ketenteraan yang cuba melintasi Selat Hormuz tanpa kebenaran.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh agensi berita separa rasmi Tasnim, IRGC berkata pihaknya mempunyai kuasa penuh untuk mengawal laluan perairan strategik itu.
Menurut kenyataan berkenaan, hanya kapal awam dibenarkan melalui selat tersebut tertakluk kepada syarat tertentu.
“IRGC mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan Selat Hormuz secara berhemah.
"Sebarang kapal ketenteraan yang cuba melintasi laluan ini akan ditangani dengan tindakan keras,” menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, IRGC turut menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bahawa dua kapal tentera lautnya telah melalui Selat Hormuz.
Selat Hormuz merupakan laluan perairan penting dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak dan gas global, dan kekal sebagai titik pertikaian utama di tengah ketegangan berterusan antara Iran dan AS.
Topic Berkaitan
#Selat Hormuz
#IRGC
#kapal tentera
#kapal awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan