awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat penumpang cedera, bas rempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/12/2021
23:37 MYT
Empat penumpang cedera, bas rempuh lori di Lebuhraya Utara Selatan
Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM
GOPENG: Empat penumpang cedera selepas bas yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori tangki minyak di Kilometer 310.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai nahas itu pada jam 2.30 pagi.
“Anggota bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa dan membawa mereka ke hospital menaiki kenderaan EMRS,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.
Tiada kebocoran dilaporkan pada lori tangki minyak yang terlibat.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahpwri Shaharudin tamat kira-kira jam 4 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas
#lori tangki minyak
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan