awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan bagi sambutan tahun baharu 2025

Bernama
Bernama
29/12/2024
20:30 MYT
Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan bagi sambutan tahun baharu 2025
Hilmi berkata empat permit tersebut ialah di Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat. - Foto fail/Facebook/Hilmi Abdullah
KOTA BHARU: Sebanyak empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan Hilmi Abdullah berkata empat permit tersebut ialah di Kota Bharu, Tanah Merah dan Tumpat.
"Satu permit dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena Monsoon Food Festival di Asian Village, Tunjong.
"Dua permit dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tanah Merah bagi aktiviti dikir barat iaitu di Dataran Muhibbah Taman Barakah dan Jambatan Guillemard," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
Hilmi berkata satu lagi permit dikeluarkan Majlis Daerah Tumpat bagi persembahan nyanyian di Wat Machimaram di Kampung Jubakar Darat.
Beliau berkata pihak penganjur yang terlibat diharap sentiasa mematuhi syarat-syarat ditetapkan dan diminta jangan sesekali melanggar syarat permit yang dikeluarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pbt
#hiburan
#tahun baharu
#dikir barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan