awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pengarah IPTA bergelar Datuk ditahan SPRM, disyaki salah guna RM1 juta
Google perketat dasar carian, sasar amalan 'back‑button hijacking'
Konflik Asia Barat: Pakistan laksana catuan elektrik kekang kos tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat tekong darat termasuk seorang wanita didakwa angkut migran di Tumpat

Syaff Syukri
Syaff Syukri
14/04/2026
05:24 MYT
Empat tekong darat termasuk seorang wanita didakwa angkut migran di Tumpat
Empat tekong darat termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan berasingan mengangkut 28 warga Myanmar di Tumpat pada Mac lepas. - Foto Bernama
Empat tekong darat termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berasingan mengangkut 28 warga Myanmar di Tumpat pada Mac lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Lim Ting Ting, 49, Leong Chak Kuan, 53, Lee Kai Lun, 41, dan Soh Soo Yang, 51, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lim dan Leong didakwa mengangkut masing-masing tujuh warga Myanmar dengan menggunakan dua kenderaan, iaitu jenis Toyota Rush dan Perodua Alza di tepi jalan Kampung Chat, Tumpat, lebih kurang pukul 5.30 pagi pada 18 Mac.
Lee dan Soh pula didakwa mengangkut masing-masing tujuh warga Myanmar dengan menggunakan dua kenderaan jenis Perodua Alza di Jalan Kampung Pulau Besar, Tumpat, kira-kira 5.50 pagi pada hari yang sama.
Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 26J Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah, manakala peguam Ahmad Nurie Abd Rahman mewakili Lee dan Mohd Yusri Mohd Yusoff pula mewakili Leong.
Dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 7 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#migran
#seludup
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan