awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam beranak dilaporkan hilang di Bentong

Bernama
Bernama
01/04/2026
10:14 MYT
Enam beranak dilaporkan hilang di Bentong
Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu hilang tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan. - Gambar IPD Bentong
Seorang wanita bersama lima anaknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan enam beranak itu daripada suami wanita tersebut yang berusia 43 tahun pada 7.34 malam hari yang sama.
Beliau berkata pengadu memaklumkan isterinya, M Rekha, 41, bersama anak mereka S Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17, S Shasini Nair, 16, S Pritivi, 14 dan S Lashwin Nair yang berusia empat tahun, kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid.
“Lelaki tersebut menyedari isteri dan anaknya tiada di rumah sekitar 6.30 pagi Isnin dan gagal mengesan mereka sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu hilang tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui talian 09-2231999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hilang
#balai polis
#Bentong
#Taman Orkid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan