awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam juta terima rawatan pesakit luar sepanjang 2016

Bernama
Bernama
10/04/2017
11:57 MYT
Enam juta terima rawatan pesakit luar sepanjang 2016
Ia menunjukkan rakyat tetap mempercayai perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan dengan caj RM1 sejak 35 tahun yang lalu.
Sebanyak enam juta orang menerima rawatan pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan sepanjang tahun lalu, sekali gus membuktikan perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah yang terbaik di dunia.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia menunjukkan rakyat tetap mempercayai perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan dengan caj RM1 sejak 35 tahun yang lalu.
"Walaupun terdapat peningkatan terhadap kos kerajaan, kita tetap kekal dengan caj RM1 kerana tidak mahu membebankan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan di jabatan pesakit luar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesin pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) 32 Slices di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.
Jelasnya, kerajaan turut menyasarkan 15 peratus warga emas dengan jangka hayat 72 tahun bagi lelaki dan wanita 76 tahun menjelang 2030, hasil perkhidmatan kesihatan yang semakin baik di negara ini.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pengimejan dan Diagnostik HSAH, Dr Sabariah Mohamed Kassim berkata dengan adanya mesin imbasan baru bernilai RM1.87 juta itu, jabatan tersebut menerima sehingga 900 kes sejak sebulan lalu.
"Peningkatan sehingga 74 kes sebulan dicatatkan sejak mesin itu digunakan sebulan lalu berbanding mesin lama (purata 826 kes sebulan).
Sabariah menjelaskan mereka juga dapat menerima lebih banyak kes terutama kes rujukan dari Hospital Yan, Hospital Sik, Hospital Kulim serta Hospital Baling.
"Kita harap mesin ini dapat memberi perkhidmatan radiologi dan pengimejan lebih baik, tepat dan cepat kepada pesakit dengan kadar menunggu yang lebih pantas, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hilm yahaya
#Hospital
#kerajaan
#kesihatan
#perubatan
#pesakit
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan