awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam kenderaan rosak dilanggar bas persiaran

Bernama
Bernama
28/05/2024
06:50 MYT
Enam kenderaan rosak dilanggar bas persiaran
Keadaan bas yang hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh beberapa kenderaan dekat Jalan 3/144a berhampiran Maxim Residence Alam Damai pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak enam kenderaan yang diparkir di bahu jalan mengalami kerosakan selepas dilanggar bas persiaran yang terbabas berhampiran Maxim Residence, Alam Damai Cheras di sini kira-kira 11.55 malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Supt Suffian Abdullah berkata hasil siasatan mendapati bas berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke lokasi penginapan penumpang di The Residence Condominium, Cheras.
Beliau berkata bas itu kemudian terbabas semasa menuruni susur di Jalan 3/144a berhampiran kawasan kediaman berkenaan.
"Ketika kejadian, bas tersebut membawa 11 penumpang lelaki dan 20 penumpang wanita warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Suffian berkata kemalangan tersebut turut mengakibatkan kabel elektrik terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad telah dimaklumkan bagi tindakan selanjutnya.
Katanya hasil ujian alkohol dan saringan air kencing terhadap pemandu bas adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maxim Residence
#bas persiaran
#bahu jalan
#The Residence Condominium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan