awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/11/2024
08:15 MYT
Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas
Semasa kejadian, kesemua suspek menaiki tiga buah kenderaan. - Foto Astro AWANI
IPOH: Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, di sini, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 9.30 pagi semasa pemilik premis mahu memasuki kereta, dipercayai bagi menghantar barangan kemas kepada pelanggan.
Lelaki berusia 50-an itu yang ditemui pemberita di lokasi berkata, ketika kejadian, kesemua suspek memakai sarung muka dengan bersenjatakan pisau dan parang.
Menurutnya, semasa kejadian, kesemua suspek menaiki tiga buah kenderaan.
Dua daripada kenderaan dinaiki suspek bertindak menghalang kenderaannya sebelum merampas sebuah beg yang mengandungi emas tersebut.
Menurut mangsa, kejadian berlaku begitu pantas, sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa, selain sebuah lagi kereta suspek melanggar bahagian belakang kenderaannya.
Ekoran pelanggaran itu, mangsa mengalami sedikit kecederaan di bahagian kaki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#rompak emas
#lelaki bertopeng
#kedai emas di Ipoh
#samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan