awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu

Bernama
Bernama
16/05/2024
02:15 MYT
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Ahmad Dzaffir berkata, kesemua suspek termasuk dua lelaki tempatan itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK negeri ketika sedang menjalankan Operasi Tapis pada 9 malam. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di tepi Jalan Sungai Ujong berhadapan Stesen Bas Terminal One, di sini, pada Ahad lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua suspek termasuk dua lelaki tempatan itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK negeri ketika sedang menjalankan Operasi Tapis pada 9 malam.
Beliau berkata, nilai sitaan rampasan termasuk dadah tersebut bernilai RM416,006.
"Polis menjumpai lima bungkusan disyaki syabu dalam kereta suspek dan saringan air kencing seorang daripada suspek warga asing positif methaphetamine. Dadah tersebut dipercayai diedar bagi pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ahmad Dzaffir berkata, hasil rampasan berkenaan dapat menyelamatkan pengedaran dadah kepada 10,406 individu.
Menurutnya, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek warga tempatan memiliki satu kes jenayah serta tiga kes narkotik, manakala kesemua suspen direman selama tujuh hari bermula Isnin.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1)(a) akta sama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#warga asing ditahan
#Syabu
#Jalan Sungai Ujong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan