awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki warga asing ditahan terlibat aktiviti dadah

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
28/02/2023
22:17 MYT
Enam lelaki warga asing ditahan terlibat aktiviti dadah
Kesemua suspek ditahan dalam satu serbuan oleh polis di sebuah pondok dalam kawasan kebun di daerah Bentong pada Isnin. - Foto IPD Bentong
BENTONG: Polis menahan enam lelaki warga asing bersama dadah jenis syabu seberat 0.45 gram dalam satu serbuan di sebuah pondok dalam kawasan kebun di daerah ini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 38 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.
"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan serbuan kira-kira jam 9 malam dan hasil pemeriksaan, pihak polis menjumpai dadah jenis syabu seberat 0.45 gram.
"Ujian awal saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 3 Mac untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Polis memberi amaran keras tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran IPD Bentong," kata Zaiham.
Tambahnya, pihak polis merakamkan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk daerah Bentong yang menyalurkan maklumat serta peka terhadap perlakuan jenayah di sekeliling mereka.
Topic Berkaitan
#warga asing
#Dadah
#Polis Bentong
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan