awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand dijangka didakwa atas dua pertuduhan - Polis

Bernama
Bernama
03/11/2024
14:43 MYT
Enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand dijangka didakwa atas dua pertuduhan - Polis
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol. Pol. Jedsadavit Ingprapan berkata selain kesalahan memiliki dadah, mereka juga disiasat atas kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
NARATHIWAT: Enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok kerana dipercayai memiliki dadah pada Jumaat lepas, dijangka didakwa di mahkamah di sini atas dua pertuduhan.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol. Pol. Jedsadavit Ingprapan berkata selain kesalahan memiliki dadah, mereka juga disiasat atas kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
"Mereka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat atas dua pertuduhan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Ahad.
Beliau menambah bahawa kesemua suspek yang kini ditahan di lokap Balai Polis Sungai Golok akan dipindahkan ke lokap Mahkamah Narathiwat pada Isnin sementara menunggu pendakwaan.
Pada Jumaat, Bahagian Narkotik dari Balai Polis Sungai Golok telah melakukan serbuan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok pada pukul 5 pagi dan menahan enam rakyat Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun atas kesalahan memiliki dadah.
Hasil siasatan polis mendapati suspek yang ditahan memiliki 6,000 biji pil jenis 'pil kuda' dan telah memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#ditahan di Thailand
#Dadah
#dua pertuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan