awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat minggu ini

Bernama
Bernama
22/03/2024
02:15 MYT
Enam rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat minggu ini
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung sehingga 27 Mac ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Enam rang undang-undang diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keempat Mesyuarat Pertama Penggal ke-15 Dewan Rakyat.
Ia melibatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 membabitkan pengeluaran sejumlah wang tidak melebihi RM23,479,669,350 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan 2023.
Selain itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023; RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023; RUU Polis (Pindaan) 2024; RUU Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 dan RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.
Pada minggu keempat juga menyaksikan RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) yang dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Pada persidangan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengadakan penerangan berkenaan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Saifuddin berkata LPF tidak akan meluluskan tayangan mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri), mengandungi unsur komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam serta ajaran sesat.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung sehingga 27 Mac ini, menyaksikan pembentangan serta perbahasan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rang undang-
#peringkat jawatankuasa
#Dewan Rakyat
#lulus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan