awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam sungai di Selangor melebihi paras bahaya

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2022
22:00 MYT
Enam sungai di Selangor melebihi paras bahaya
Setakat jam 12 tengah malam, empat sungai - masing-masing satu di Hulu Langat dan Kuala Langat serta dua di Sepang - menunjukkan trend meningkat melebihi paras bahaya. -Gambar hiasan
ENAM sungai di negeri Selangor melibatkan empat daerah di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling dilaporkan melebihi paras bahaya dan waspada ekoran hujan lebat berterusan.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 12 tengah malam, empat sungai masing-masing satu di Hulu Langat dan Kuala Langat serta dua di Sepang menunjukkan trend meningkat melebihi paras bahaya.
Ia melibatkan Sungai Beranang di Pekan Beranang, Hulu Langat dengan bacaan 32.1 meter (m); Sungai Langat di Dengkil, Sepang (7.5m); Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang (11m) dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (4.2m).
Selain itu, dua lagi sungai iaitu Sungai Bakul di Kampung Budiman (Petaling) dan Sungai Jenderam di Jenderam Hulu, Sepang masing-masing mencatatkan bacaan 7.4m dan 11m melebihi paras waspada.
Pada Isnin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan 13 negeri kecuali Melaka sehingga jam 10 malam tadi. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#paras bahaya
#enam sungai di Selangor
#JPS
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan