awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam terbunuh, sembilan cedera dalam serangan AS-Israel ke atas Tabriz - Iran

Bernama
Bernama
24/03/2026
09:33 MYT
Enam terbunuh, sembilan cedera dalam serangan AS-Israel ke atas Tabriz - Iran
Enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam salah satu serangan yang menyasarkan kejiranan Shahid Qarabaghi ​​di bandar itu. -Foto X Habernas
Pihak berkuasa Iran pada Selasa berkata enam orang terbunuh dan sembilan cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel di kawasan perumahan di bandar barat laut Tabriz, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.
Dua lokasi kediaman di dalam bandar itu diserang semalaman, kata jabatan pengurusan krisis di Azerbaijan Timur dalam kenyataan yang disiarkan oleh Mehr News Agency.
Menurut kenyataan itu, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam salah satu serangan yang menyasarkan kejiranan Shahid Qarabaghi ​​di bandar itu. Operasi menyelamat dan mengalihkan serpihan masih diteruskan.
Satu lagi serangan melanda kawasan kejiranan Imam Hussein, merosakkan kemudahan infrastruktur, menurut jabatan itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
AS dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, mengorbankan setakat ini lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, menyebabkan korban dan kerosakan pada infrastruktur yang menjejaskan pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#Terbunuh
#cedera
#AS
#Israel
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan