awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Epstein pernah ditawar peluang beli bangunan berkaitan Pentagon, FBI

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
19/02/2026
23:27 MYT
Epstein pernah ditawar peluang beli bangunan berkaitan Pentagon, FBI
Harga pembelian dicadangkan sekitar AS$116 juta, yang berpotensi menjadikan Epstein rakan kongsi pemilikan dan ‘tuan tanah’ kepada kerajaan AS. - Foto REUTERS
Dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Jeffrey Epstein, pesalah seksual yang telah meninggal dunia, pernah ditawarkan peluang untuk membeli sebahagian hartanah utama kerajaan AS, termasuk bangunan yang digunakan oleh Jabatan Pertahanan (Pentagon) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), lapor ITV News.
Menurut e-mel yang disiarkan dalam fail tersebut, Epstein menerima cadangan pelaburan pada 2016 untuk membeli kompleks seluas 84,710 meter persegi yang terletak kira‑kira 1.6km dari Pentagon di Arlington, Virginia.
Dokumen pelaburan menggambarkan lokasi itu sebagai tapak “kritikal misi” dan satu‑satunya hartanah selain Pentagon yang memenuhi keperluan ruang serta infrastruktur Jabatan Pertahanan.
Harga pembelian dicadangkan sekitar AS$116 juta, yang berpotensi menjadikan Epstein rakan kongsi pemilikan dan ‘tuan tanah’ kepada kerajaan AS.
Namun tiada bukti menunjukkan urusan itu diteruskan.
Dalam jutaan e‑mel yang didedahkan bulan lalu, seorang pemberi maklumat FBI mendakwa Epstein adalah “agen Mossad”, serta mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.
Dokumen itu juga menunjukkan Epstein sering berjumpa Barak antara 2013 dan 2017, selain menyalurkan dana kepada pelbagai organisasi Israel, termasuk Friends of the Israeli Army dan Jewish National Fund.
Pendedahan ini sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai rangkaian antarabangsa Epstein dan aksesnya kepada tokoh berprofil tinggi.
Tawaran melibatkan bangunan berhampiran Pentagon itu dihantar oleh ahli perniagaan David Stern, yang pernah merujuk dirinya sebagai “askar Epstein”.
Stern juga pernah berkhidmat rapat dengan Andrew Mountbatten‑Windsor, yang baru‑baru ini ditahan atas dakwaan salah laku dalam jawatan awam susulan maklumat dalam fail Epstein.
Pada 2015, Stern turut mengemukakan cadangan lain kepada Epstein melibatkan pelaburan dalam dua pejabat lapangan FBI di Richmond dan Baltimore serta beberapa mahkamah.
Urus niaga itu memerlukan modal awal AS$25 juta, diikuti tambahan AS$80 juta melalui entiti luar pesisir di Kepulauan Cayman.
Kedua‑dua cadangan hartanah itu berasal daripada pelabur hartanah Jonathan D Fascitelli.
Topic Berkaitan
#Jeffrey Epstein
#Pentagon
#FBI
#agen Mossad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan