awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs

Bernama
Bernama
21/05/2022
10:28 MYT
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Adnan berkata, etika berpakaian adalah suatu yang wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendirian bahawa etika berpakaian adalah suatu yang wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata demikian susulan kenyataan seorang Ahli Parlimen yang mengulas mengenai etika berpakaian yang ditetapkan kepada orang awam ketika berurusan dengan jabatan atau agensi kerajaan.
Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai dangkal dan tidak bertanggungjawab.
"Cuepacs yakin warga penjawat awam bijak untuk menggunakan budi bicara atau melihat kepada keperluan semasa sekiranya pelanggan yang hadir ke premis kerajaan mempunyai kesulitan tertentu untuk mematuhi etika berpakaian.
"Sehubungan itu, Cuepacs ingin menegaskan agar tiada pihak yang cuba memainkan isu tersebut demi kepentingan ideologi politik masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata aspek kesopanan juga merupakan antara elemen yang dituntut dalam Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan' dan menegaskan semua pihak patut mengambil pandangan positif terhadap tataetika berpakaian dalam berurusan dengan mana-mana agensi dan jabatan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#etika berpakaian
#Adnan Mat
#cuepacs
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan