awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB

Bernama
Bernama
28/08/2024
11:35 MYT
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Wan Badariah sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru. - Gambar fail
KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Beliau sebelum ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata portfolio Wan Badariah, 48, yang digalas dua Exco iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Perlis Wan Zikri Afthar Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Megat Hashirat Hassan sudah diserahkan semula kepada beliau.
"(Wan Badariah) dah okey, dia dah masuk bertugas seperti biasa dan tanggung kerja pun semua dah selesai, portfolio tugas dah serah balik," kata Mohd Shukri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Pada 15 Mei lepas, Bernama melaporkan Wan Badariah yang juga memegang portfolio Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu ditidurkan pada petang 14 Mei akibat penyakit tersebut.
Wan Badariah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer daripada parti PAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Exco Perlis
#ICU
#Wan Badariah Wan Saad
#sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan