awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Selangor kecam, mahu individu serang dua wanita segera dikesan

Bernama
Bernama
09/08/2024
15:18 MYT
Exco Selangor kecam, mahu individu serang dua wanita segera dikesan
Mohammad Fahmi berkata rumah ibadat dan sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap rakyat. - Bernama
SHAH ALAM: Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berharap pihak berkuasa segera mengesan individu yang menyerang dua wanita di sebuah surau berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya dekat sini hari ini.
Beliau berkata rumah ibadat dan sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap rakyat.
Mohammad Fahmi berkata tindakan biadab dan intimidasi seperti itu hanya wajar dibalas oleh suatu respons yang segera, keras dan tegas oleh semua pihak berkuasa terlibat.
"Saya berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu segera melaporkan kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau pada masa sama turut mendoakan kedua-dua mangsa sembuh.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari tadi dan memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat.
Kedua-dua mangsa berusia 20-an dan 50-an yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Shah Alam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita diserang
#surau kelana jaya
#Exco Selangor
#pihak berkuasa
#rumah ibadat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan