awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadil Marsus Ketua Polis Kuala Lumpur baharu

Bernama
Bernama
11/08/2025
06:00 MYT
Fadil Marsus Ketua Polis Kuala Lumpur baharu
Rusdi (tengah) memakaikan lencana pangkat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu Datuk Fadil Marsus (kanan) pada majlis hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini

Ringkasan AI
  • Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu menggantikan Datuk Rusdi Mohd Isa.
  • Datuk Rusdi menyifatkan pelantikan Fadil sebagai pengiktirafan terhadap kredibiliti dan kepimpinan beliau.
  • Fadil bertekad memanfaatkan pengalaman dalam JSJ untuk memperkukuh keselamatan Kuala Lumpur.

Fadil mengambil alih tugas Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Jawatan itu sebelum ini dipangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad sejak 18 Julai lepas.
Rusdi berkata pelantikan Fadil adalah satu amanah dan kepercayaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia terhadap kredibiliti serta daya kepimpinan beliau.
"Justeru, berikanlah perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan amanah dan jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan.
"Saya percaya, melalui kepimpinan yang bakal dibawa, disokong dengan kerjasama yang tidak berbelah bahagi oleh warga kerja Kontinjen Kuala Lumpur, usaha serta matlamat untuk mengekalkan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan di negeri ini akan sentiasa terlaksana," katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Dewan Sri Satria, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, Fadil berkata beliau akan memanfaatkan pengalamannya dalam JSJ bagi menangani cabaran keselamatan di ibu kota serta memastikan pasukan berada pada tahap terbaik untuk bergerak aktif bersama seluruh masyarakat.
"Saya bersama timbalan dan semua warga Polis Kuala Lumpur akan 'all out' untuk pencapaian visi dan misi PDRM dan akan laksanakan sebaik mungkin, dengan mengoptimumkan semua sumber ke arah pencapaian positif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadil Marsus
#Ketua Polis Kuala Lumpur baharu
#Rusdi Mohd Isa
#Polis Diraja Malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan