awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga jurubahasa isyarat RTM, Fadhil Tan

Bernama
Bernama
10/04/2026
02:59 MYT
Fahmi ucap takziah kepada keluarga jurubahasa isyarat RTM, Fadhil Tan
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Abby Tan, sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lepas.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohammad Fadhil Tan Razman Tan yang meninggal dunia hari ini.

Beliau berkata, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Abby Tan, sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac lepas.

“Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi turut menzahirkan ucapan takziah kepada rakan Abby Tan di RTM, khususnya di Bahagian Berita Ehwal Semasa serta mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ketika kemalangan pada Mac lepas itu, Abby Tan dalam perjalanan pulang ke kampung ibunya di Ipoh, Perak dengan menunggang motosikal.

Dalam kejadian antara 9 hingga 10 malam itu, Abby Tan dipercayai menjadi mangsa langgar lari melibatkan sebuah lori di kawasan Simpang Pulai, Perak.

Susulan kemalangan tersebut, Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#takziah
#Abby Tan
#RTM
#meninggal dunia
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan