awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM perlu fokus aksi menentang Vietnam - Taufiq

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/02/2026
02:28 MYT
FAM perlu fokus aksi menentang Vietnam - Taufiq
Dr Mohammed Taufiq menyantuni petugas perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, pada sesi Jelajah Rakan Muda @ Program Sahur Rakan Muda, awal pagi tadi. - Gambar Astro AWANI
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu terus kekal fokus kepada persiapan aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 31 Mac walaupun masih menunggu keputusan rayuan kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Dalam masa sama, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menyeru penyokong bola sepak tanah air agar kekal tenang dan tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan tumpuan pasukan kebangsaan.
Menurutnya, sebarang keputusan yang diumumkan kelak diharap dapat memberi kejelasan serta membantu memperkukuh pembangunan bola sepak negara.
"Harapan saya adalah agar keputusan yang dibuat ini adalah keputusan yang terbaik. CAS mampu mengambil keputusan berdasarkan apa juga dapatan.
"FAM tidak boleh lari daripada tujuan dan juga fokus sebab kita tengok sekarang ini kita akan menghadapi pada 31 Mac ini perlawanan bersama Vietnam jadi saya harap apa juga juga keputusan itu tidak akan memberikan kesan," kata beliau pada sidang media selepas Jelajah Rakan Muda @ Program Sahur Rakan Muda, di sini, awal pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini berkaitan keputusan CAS yang dijangka diumumkan pada minggu depan.
Sehubungan itu, Dr Mohammed Taufiq berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera selepas sahaja keputusan itu dikeluarkan kemudian KBS akan melihat apa langkah seterusnya yang boleh kita buat.
Jelas Dr Mohammed Taufiq, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan melangkaui garis pemisah yang sedia ada.
Bagaimanapunm tegasnya, sokongan berterusan amat penting memandangkan bola sepak merupakan antara sukan paling diminati rakyat Malaysia dan memainkan peranan besar dalam menyatukan masyarakat.
Beliau memberitahu, apa sahaja keputusan kelak tidak seharusnya mengalih perhatian daripada matlamat utama iaitu memastikan pembangunan bola sepak negara terus berjalan dan prestasi pasukan kebangsaan berada pada tahap terbaik.
Topic Berkaitan
#FAM
#pemain warisan
#harimau Malaya
#Dr Mohammed Taufiq Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan