awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa 4 PPN: SOP untuk Sarawak pada 4 Jan

Bernama
Bernama
02/01/2022
12:54 MYT
Fasa 4 PPN: SOP untuk Sarawak pada 4 Jan
SOP tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sarawak, akan dikeluarkan pada 4 Jan depan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan SOP tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
"Rakyat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan SOP ditetapkan walaupun Sarawak berada dalam Fasa Empat PPN," menurut JPBN dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 31 Dis lalu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan bersetuju supaya Sarawak dan Kelantan, beralih ke Fasa Empat PPN esok.
Hishammuddin berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pada hari ini, Sarawak mencatatkan 13 kes baharu COVID-19 sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 252,341.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#PPN
#COVID-19
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan