awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FEALAC: Malaysia akan terus anjur pelbagai program kerjasama teknikal

Bernama
Bernama
23/08/2015
00:10 MYT
FEALAC: Malaysia akan terus anjur pelbagai program kerjasama teknikal
ANIFAH: Malaysia akan terus menganjurkan pelbagai program kerjasama teknikal dengan negara anggota Forum Kerjasama Asia Timur-Amerika Latin (FEALAC) menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia(MTCP). -Gambar fail
Malaysia akan terus menganjurkan pelbagai program kerjasama teknikal dengan negara anggota Forum Kerjasama Asia Timur-Amerika Latin (FEALAC) menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia(MTCP).
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerjasama itu dilaksanakan di bawah semangat kerjasama Selatan-Selatan.
Anifah yang menghadiri mesyuarat tiga hari Menteri Luar FEALAC ketujuh di San Jose, Costa Rica yang bermula pada Rabu juga menyatakan FEALAC, sebuah badan yang memudah cara kerjasama antara dua rantau, Asia dan Amerika Latin perlu mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota.
Beliau berkata demikian di sesi pleno mesyuarat yang bertemakan "FEALAC 2015: Dua Rantau, Satu Visi", suatu mesyuarat yang menjadi platform untuk anggota FEALAC membincangkan hala tuju dalam mengukuhkan kerjasama antara rantau Asia Timur dan Amerika Latin, kata satu kenyataan media daripada Wisma Putra di sini malam ini.
Anifah diiringi oleh pegawai kanan daripada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Mexico City, kata kenyataan itu.
Ia berkata Anifah juga menyampaikan "intervention notes" semasa sesi tertutup menteri (pemukiman), yang bertemakan "Bagaimana Untuk Mengukuhkan FEALAC".
"Beliau menjelaskan cadangan Malaysia mengenai kesederhanaan sebagai satu pendekatan menyeluruh untuk meliputi bidang lain seperti politik, sosial, ekonomi atau hubungan antarabangsa.
Pendekatan ini boleh menyumbang kepada keamanan, pembangunan yang inklusif dan mapan, pertumbuhan yang saksama dan keharmonian sosial. Ia merupakan langkah strategik yang boleh mewujudkan sinergi antara negara anggota yang lebih maju dan rakan sejawat yang baharu naik, selain daripada dalam kalangan kelompok masing-masing.
"Ia memberikan situasi menang-menang kepada semua, yang boleh diguna pakai dalam kerangka FEALAC," kata kenyataan itu.
Ia berkata mesyuarat itu juga menerima pakai Deklarasi San Jose dan Garis Panduan untuk Proses Kerja FEALAC sebagai hasil dokumen yang menggariskan hala tuju masa hadapan Forum itu.
Sejak penubuhannya pada 1999, FEALAC ialah satu-satunya platform antara rantau yang menggalakkan dialog dan ikatan kerjasama antara negara Asia Timur dan Amerika Latin.
Topic Berkaitan
#Amerika Latin
#Anifah Aman
#Asia
#FEALAC
#Menteri Luar
#mesyuarat
#MTCP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan